Bola Sepak Semasa Terkini

Kogileswaran nafikan impian KLUFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

PEMAIN gantian R Kogileswaran memastikan Petaling Jaya City FC meraih sekurang-kurangnya satu mata apabila menjaringkan gol penyamaan dimasa kecederaan separuh masa kedua pada aksi menentang Kuala Lumpur United FC, sebentar tadi.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain selepas pertahanan pelawat, Nik Shahrul Azim Ab Halim diperintahkan keluar padang ekoran layangan kad merah pada minit 59,  anak didik P Maniam memanfaatkan peluang tersebut dengan melancarkan serangan bertali arus memburu gol.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi, tuan rumah didepan pada minit ke 50 selepas jaringan sendiri pemain KLUFC, Hadin Azman.

Selang tiga minit kemudian, ketua pasukan KLUFC, Paulo Jouse berjaya menyamakan kedudukan sebelum Mohd Irfan Zakaria meletakkan pasukan dihadapan pada minit ke 57.

Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Nik Shahrul Azim dilayangkan kad merah pada minit 59 yang memberikan kelebihan kepada tuan rumah melakukan asakan memburu gol penyamaan.

Ketika tiga mata dalam gengaman pelawat, R Kogileswaran menyelamatkan maruah tuan rumah apabila melakukan rembatan kencang menewaskan Kevin Mendoza untuk gol penyamaan dan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: