Badminton Semasa Terkini

Agong suntik semangat Zii Jia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan pingat All England  2021 yang dimenangi Zii Jia.

JAGUH badminton negara,  Lee Zii Jia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan berangkat menghadiri jamuan teh bersama pasukan badminton negara ke Kejuaraan All England 2021.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan menerima persembahan raket yang dipakai oleh Zii Jia ketika perlawanan akhir All England 2021 di Istana Negara, semalam.

Raket berkenaan digunakan pemain perseorangan lelaki utama negara itu ketika menewaskan juara bertahan dari Denmark Viktor Axelsen pada perlawanan akhir yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham bulan lepas.

“Patik berbesar hati Seri Paduka Baginda berdua berkenan menyaksikan pingat yang patik menangi pada perlawanan akhir Seluruh England.

“Segala nasihat yang dititah kepada patik dan barisan pemain serta seluruh warga Persatuan Badminton Malaysia amat patik hargai dan ia menyuntik semangat patik untuk terus gigih mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Menjunjung Kasih Tuanku, “ katanya menerusi Facebook hari ini.

Zii Jia, 23, merangkul gelaran sulung All England dengan bergaya selepas mengejutkan pemain di ranking kedua dunia Axelsen dan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun pada perlawanan suku akhir.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: