Bola Sepak Semasa Terkini

KenTeam Sdn Bhd pemilik baharu MUFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Justin Lim (kanan) dan Mohd Saiful bertukar MoU MUFC dan KenTeam Sdn Bhd, hari ini.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

KEMELUT isu tunggakan gaji yang sering dikaitan dengan Melaka United akhirnya selesai apabila syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd tampil sebagai pemilik baru pasukan itu.

Syarikat itu akan memiliki pegangan saham sebanyak 70 peratus manakala bakinya akan kekal dipegang oleh Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Keputusan ini menyaksikan, syarikat terbabit menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Justin Lim adalah pemilik baharu MUFC sekali gus bertanggungjawab terhadap pasukan itu termasuk pembayaran gaji dan pengurusan skuad berkenaan.

Enggan mendedahkan jumlah sebenarnya pembelian saham itu, keputusan terbabit adalah bagi memastikan MUFC kembali berdaya saing seterusnya meraih kejayaan dalam saingan Liga Super.

Justin Lim

 

Justin Lim berkata pihaknya sentiasa melihat potensi untuk membantu pasukan ke kedudukan lebih baik dan mempunyai pelan untuk bawa semula MUFC ke tahap seterusnya.

“Kami akan buat yang terbaik dan bekerjasama dengan pengurusan sekarang. Selain itu, kami juga akan berikan sokongan daripada segi kewangan dan juga moral,” katanya ketika Majlis Menandatanganu Meorandum Persefahaman (moU) antara Melaka United Football Club Sdn Bhd dan KenTeam Sdn Bhd, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka yang juga merangkap Presiden MUSA, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sebelum ini, isu tunggakan gaji sering membelenggu MUFC dan dengan pemilikkan baru, ia dilihat sebagai ‘kelahiran semula’ pasukan untuk tampil lebih sempurna dalam segenap aspek.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri memaklumkan pihaknya memberi jaminan tidak akan ada lagi masalah membabitkan tunggakan gaji terutama selepas pengambilalihan pasukan oleh Syarikat KenTeam Sdn Bhd.

Katanya, MUFC cukup cemerlang pada musim ini apabila membayar gaji pemain seperti yang ditetapkan dan situasi itu akan berterusan sehingga penghujung musim.

“Kita akan mengadakan perbincangan bersama Justin untuk melihat struktur kewangan MUFC sepanjang musim ini.

“Setakat ini, MUFC tidak pernah menghadapi masalah tunggakan gaji pada musim 2021, semuanya kita bayar mengikut masa ditetapkan sekali gus pemain atau pihak tertentu tidak boleh kata kita gagal berbuat demikian,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: