
BAGI menjamin menjamin kelangsungan penganjuran Liga Hoki Malaysia TNB (TNB-MHL) yang baru berakhir Sabtu lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan komitmen penajaan RM2 juta kepada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi
Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol, TNB meneruskan komitmen itu sekalipun dalam keadaan sukar susulan pandemik COVID-19 yang memaksa liga dilangsungkan secara gelembung sukan sepenuhnya bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sekali gus meningkatkan kos penganjuran.
TNB menjadi penaja utama liga hoki kebangsaan sejak 2006 yang menjadi gelanggang mempertemukan pemain-pemain utama hoki tempatan untuk dipilih dan digandingkan dalam skuad kebangsaan.
Hadir sama Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek; Ketua (Hubungan Dalaman dan Awam) TNB, Ir Shah Nawaz Asan Gany dan Pengurus Kanan (Pelaksanaan Jenama) TNB, Wan Hairul Razli Wan Ahmad.
Sementara itu, Subahan melahirkan kesyukuran dengan komitmen TNB meneruskan tajaan bagi menjamin liga hoki kebangsaan kekal menyemarakkan sukan hoki tanah air sekali pun dalam keadaan sukar.
“Kami (KHM) amat bertuah. Bagi sukan hoki negara kami amat bersyukur kerana TNB tidak pernah mengecewakan, apatah lagi banyak urusan dan aktiviti lain di negara ini terjejas akibat pandemik,” katanya.
Add Comment