Bola Sepak Semasa Terkini

Penalti atau tidak terpulang pandangan masing-masing; Aidil Shahrin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Kipre meledak gol kemenangan pasukan dipenghujung babak perlawanan .

 

Oleh : Subkhi Sudarji

“SEMUA orang boleh beri pandangan mereka, tetapi kami tetap positif”, itulah kenyataan pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Shahrin Sahak mengenai kemenangan skuad bimbingannya dibantu dengan keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti ketika pasukan ketinggalan pada separuh masa pertama.

Baginya, jika tiada sepakan penalti kemungkinan penyerang importnya, Kpah Sherman akan meluru ke depan dan jaringkan gol.

“Kami positif dengan semua pandangan, hadir ke sini untuk dapatkan gol,” tegasnya.

Pada perlawanan malam di Stadium MBPJ, Kedah ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Oliver Buff pada minit ke 33 sebelum menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Sherman pada minit ke 78 sebelum Kipre Tchetche meledak gol kemenangan minit ke 87 untuk tiga mata mutlak pelawat.

Aidil turut memaklumkan perubahan taktikal yang dijelmakan ketika pasukan ketinggalan nyata memberikan impak terutamanya dengan kemasukan tenaga muda.

“Dalam bilik persalinan semasa rehat, amanat diberikan kepada pemain, perlu terus menyerang dan memberi tekanan selain kemasukan beberapa tenaga baru.

“Azamudiin Akil, Mohd Fadzrul Danial, Fayadh begitu memberikan impak, tenaga baru dan ia merubah corak permainan pasukan.

“Kita mengeluarkan Baddrol Bakhtiar adalah satu taktikal, bukan mudah berdepan Selangor dan Alhamdulillah tiga mata berjaya diraih,” jelasnya yang mengharapkan aksi konsisten ini akan berterusan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: