
Oleh : Subkhi Sudarji
KETUA Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menafikan khabar angin pasukannya bakal membawa masuk pertahanan Perak FC, Shahrul Saad bagi memperkuatkan pasukan.
Tegasnya, semua itu hanyalah khabar angin dan dia sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan mengambil pemain lain dalam pasukan ketika ini.
“Saya tergelak bila membacanya di media sosial, sekarang ini saya mahu fokus pasukan, mengenai masalah dia (Shahrul) dengan pasukan saya tidak ambil tahu.
“Memang kita perlukan pemain bagus seperti Shahrul , tetapi bukan senang dan mudah untuk dapatkan pemain itu,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC yang berkesudahan seri 1-1, malam tadi
Terdahulu nama pertahanan Harimau Malaya dan berpengalaman itu menjadi bualan netizen beberapa pemain utama Perak FC bakal mengangkat kaki mencari pasukan baharu susulan difahamkan pengurusan Perak FC berdepan dengan masalah pembayaran gaji kepada beberapa pemain termasuklah Shahrul Saad.
Mengenai perlawanan malam tadi, Nafuzi mengakui pasukannya membazirkan banyak peluang menyebabkan mereka gagal membawa pulang tiga mata penuh.
“Untuk aksi malam ini kita menguasai perlawanan namun rezeki kita hanya satu mata,” tegasnya yang tidak menolak kemungkinan akan menggunakan pemain daripada TFCII membantu pasukan memandangkan beberapa pemain skuad utama mengalami kecederaan.
[…] “Memang kita perlukan pemain bagus seperti Shahrul, tetapi bukan senang dan mudah untuk dapatkan pemain itu,” katanya menurut laporan Cakap Sukan. […]