Bola Sepak Semasa Terkini

Tewas angkara kesilapan awal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Sabah FC, Saddil Ramdani (kiri) bersaing merebut bola dengan pertahanan JDT, Corbin Ong.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

KESILAPAN dibabak awal permainan nyata menghukum Sang Badak yang terpaksa akur dengan kehebatan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kecundang 1-4 pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Walaupun dianggap mampu memberi cabaran dan mencalarkan rekod bersih pelawat namun dua gol diawal permainan nyata memberikan kesan buat skuad bimbingn Kurniawan Dwi Yulianto.

Lebih mengecewakan kehilangan, Maxsius Musa yang dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning pada minit ke-59 yang ternyata menjejaskan rentak tuan rumah.

Bagi Kurniawan Dwi Yulianto menjelaskan pemainnya hilang tumpuan dan kelihatan kurang yakin ketika permainan baru bermula yang memberikan peluang lawan melakukan serangan sehingga berjaya meledakkan dua gol berturut-turut pada minit ketujuh dan kelapan.

“JDT bermain dengan bagus, kita pula seperti tidak yakin pada awal permainan. Dua gol yang dijaringkan lawan pada minit awal permainan memang berpunca daripada kesilapan kita.

“Walaupun kita mendapat satu gol pada awal separuh masa kedua tetapi kita kemudian mendapat satu kad merah. Bagi saya, keputusan malam ini memang mengecewakan,” ujarnya pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora, menyifatkan anak didiknya bermain secara agresif bermula dari awal permainan lagi bagi memastikan pasukannya dapat menguasai perlawanan.

“Perlawanan yang sukar, pemain Sabah bekerja keras memberikan saingan. Kehilangan pemain kerana dilayangkan kad kuning memberi peluang untuk kita melakukan serangan memburu gol dan ianya berhasil,” jelasnya.

Pada aksi malam tadi JDT menggegarkan gawang Sabah pada minit ketujuh dan kelapan hasil sepakan pantas Arif Aiman Mohd Hanafi dan Bergson Gustavo Silveira Da Silva.

Bergson terus mencetak nama selaku penjaring ketiga pasukan dan kedua peribadi pada minit ke-67 dan sebelum Leandro menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-86 manakal gol saguhati tuan rumah terhasil melalui Levy Clement Madinda pada minit ke-57.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: