Bola Sepak Terkini

Kedah terus himpit JDT


 

Penyerang import Kedah, Kpah Sherman diasak Oliver Buff. (Foto : Izari Rosli)

 

Oleh : Subkhi Sudarji /Hidayah Ab Ghani

KEDAH Darul Aman FC terus menghimpit pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas bangkit menewaskan Selangor FC, 2-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Tiga mata diraih pelawat memastikan mereka mengutip 16 mata selepas tujuh perlawanan dengan lima kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

JDT pula yang menang 4-1 mengatasi Sabah FC di Stadium Likas mengutip 17 mata.

Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, tuan rumah terlebih dahulu didepan hasil jaringan pemain import, Oliver Buff pada minit ke 33 untuk separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pelawat bangkit memburu gol penyamaan dan mereka berhasil selepas Kpah Sherman menyempurnakan sepakan penalti pada minit 78.

Gelora kebangkitan Kedah berterusan dalam memburu gol kedua melalui serangan bertali arus selepas ke kubu Selangor FC yang dilihat banyak bertahan.

Kipre Tchetche akhirnya memastikan tiga mata mutlak milik pelawat selepas meledak gol kedua dan kemenangan pada minit ke 84.

Ini adalah kekalahan kedua SFC dilaman sendiri selepas mereka sebelum ini turut dimalukan Penang FC dengan keputusan 2-0.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading