Bola Sepak Semasa Terkini

PPHH dan MFL jalin kerjasama meriahkan Liga M

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

SYARIKAT peruncit fesyen terkemuka tanah air, Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH) menjadi salah satu penaja bersama Liga Malaysia bagi musim 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan berkata,  PPHH akan menjadi rakan penaja bagi Kejohanan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup bagi musim 2021.

Jelasnya, beliau optimis kehadiran PPHH yang ditubuhkan sejak 1990 dan kini memiliki 85 cawangan di seluruh negara akan membuka pintu kepada lebih banyak syarikat lain yang berminat menaja Liga Malaysia di masa akan datang.

“Slogan kata ‘Hari-Hari’ di antara MFL dan PPHH berkongsi satu misi iaitu marilah kita semua sentiasa menyokong produk tempatan dan bola sepak kita pada setiap hari. Sudah tentu MFL menyambut baik di atas kehadiran PPHH yang menjadi salah satu rakan penaja Liga Malaysia di mana kami yakin PPHH telah membuat keputusan tepat untuk datang komersialkan produk mereka dalam Liga Malaysia.

“Industri bola sepak negara cukup besar dan saya percaya PPHH akan menjadi satu penanda aras terbaik kepada syarikat-syarikat lain untuk tampil menaja Liga Malaysia di mana potensi komersial dalam industri ini cukup besar. Semangat yang ditunjukkan oleh PPHH untuk bersama menyokong Liga Malaysia memberi petanda cukup baik ketika industri bola sepak terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya pada majlis menandatangani kontrak penajaan selama setahun di FAM, hari ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: