
Oleh : Subkhi Sudarji
TARUHAN Sri Pahang FC terhadap penyerang import kini semakin pudar ekoran kegagalan mereka memberikan impak positif buat pasukan selepas berakhirnya enam perlawanan Liga Super setakat ini.
Gandingan dua penyerang import, Pedro Henrique Oliveira dan Yevhen Bokhashvili dilihat kurang menyengat dengan mereka berdua setakat ini hanya mampu menyumbang satu daripada empat jaringan yang dihasilkan Sri Pahang FC.
Lebih mengecewakan, Sri Pahang FC merupakan pasukan kedua yang menghasilkan gol paling rendah dalam saingan Liga Super musim ini selain rekod pertahanan yang paling mudah dibolosi iaitu 10 gol bersama UiTM FC
Situasi ini menyebabkan pengendalinya Dollah Salleh tidak menolak kemungkinan akan menggunakan khidmat semua pemain tempatan menjelang aksi dengan Terengganu FC di laman sendiri malam ini.
“Pemain import selain Lee Tuck juga tidak banyak membantu yang meletakkan pasukan ini bertambah parah serta sukar bagi cabaran kepada pencabar lain.
“ Goulon tidak boleh diturunkan kerana mendapat kad merah semasa pertemuan dengan Kedah manakala yang lain saya belum buat keputusan muktamad lagi cuma saya rasa mahu menggunakan semua pemain tempatan kali ini.
“ Saya mahu berikan peluang kepada pemain tempatan dan lihat apa hasilnya, bagaimanapun tengok dahulu sehingga hari esok sebelum saya senaraikan kesebelasan utama, ” katanya.






Add Comment