Oleh : Subkhi Sudarji
SELEPAS mencalarkan rekod tanpa kalah Terengganu FC, 21 Mac lalu di laman sendiri, Sabah FC kini memburu lakaran sejarah kedua apabila menanti kunjungan peneraju Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.
Selain tiga mata yang diburu, skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto pastinya ingin memastikan rekod tanpa kalah lawan lebur di Kota Kinabalu sebagaimana yang dilalui barisan pemain Nafuzi Zain.
“The Rhinos” ketika ini mula mempamerkan aksi sebenar dengan kehadiran pemain import berbeza tiga perlawanan awal yang ditunjangi pemain tempatan ekoran ketika itu masih menjalani kuarantin menyebabkan mereka mengalami tiga kekalahan berturut-turut dan seri semasa aksi sulung Liga Super 2021.
Tetapi malam ini beraksi dengan kehadiran 2996 penyokong setia tuan rumah pastinya menghadirkan aura dan semangat berbeza barisan pemain yang semakin matang dalam permainan sebagaimana dipamerkan ketika mengikat KLUFC di Stadium KLFA, Cheras, Sabtu lalu.
Bagi Kurniawan, tidak mustahil berlaku pasukannya mampu melakar sejarah kerana sebelum ini rekod tanpa kalah Terengganu FC juga berjaya dileburkan pada perlawanan aksi ke lima saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium apatah lagi dengan kehadiran penyokong setia “The Rhinos” meskipun JDT kini mengungguli persada liga.
Add Comment