Badminton Semasa Terkini

BAM pertimbangkan maklum balas pemain, jurulatih

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan mengambil maklum balas pemain dan jurulatih sebelum membuat pendirian mengenai cadangan oleh Indonesia dan Maldives berhubung cadangan menggunakan sistem permarkahan baharu selepas Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini.

Pengurus Besar BAM Datuk Kenny Goh berkata, pada masa sama BAM akan mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ pendirian negara lain sebelum membuat keputusan mengenai cadangan berkenaan yang mendapat persetujuan Presiden BWF Poul-Erik Hoyer.

“Saya percaya ia amat penting untuk mendapatkan data yang relevan daripada pemain, jurulatih dan negara lain mengenai sistem permarkahan baharu itu sebelum keputusan muktamad diputuskan bulan depan,” katanya ditemui di KBS, semalam.

Mengikut laporan media asing, BWF akan mengundi bulan depan mengenai cadangan menukar sistem pemarkahan semasa iaitu 21 mata dalam tiga set kepada 11 mata dalam lima set dalan usaha meningkatkan sensasi perlawanan dan menjadikan sukan itu lebih menarik untuk ditonton di televisyen.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: