Bola Sepak Semasa Terkini

Dollah enggan sejarah 10 tahun berulang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Sri Pahang FC, Baqiuddin (kanan) cuba melarikan bola dari kawalan pemain Kedah, Rizal Ghazali.

PENGENDALI Sri Pahang FC, Dollah Salleh tidak mahu sejarah 10 tahun lalu kembali berulang apabila tersingkir ke saingan Liga Premier dan akan membuat apa sahaja demi memastikan Sri Pahang akan kekal di saingan Liga Super.

Tegasnya, dia mengakui situasi musim ini paling mencabar sepanjang bersama Sri Pahang namun beliau enggan pemain-pemainnya mengibarkan bendera putih sebelum berjuang.

“Kalau tengok pasukan, memang sebelum saya ambil pun sudah nampak dalam keadaan bermasalah dan sekarang dalam fikiran saya hanya tidak mahu pasukan ini jatuh ke Liga Premier, itu sahaja sasaran paling realistik yang saya rasa sesuai buat pasukan dalam masa ini.

“Pemain utama dalam pasukan ini hampir 70 ke 80 peratus telah keluar dan situasi itu sememangnya cukup sukar memandangkan pemain-pemain utama yang kita ada sekarang bukanlah terdiri daripada mereka yang selalu bermain dalam Liga Super.

“ Selepas itu, pemain import selain Lee Tuck juga tidak banyak membantu yang meletakkan pasukan ini bertambah parah serta sukar bagi cabaran kepada pencabar lain.

“ Bagaimanapun saya tidak mahu menjadikan itu sebagai satu alasan, kita kena berjuang apa jadi sekali pun dan saya selalu berpesan kepada pemain untuk sentiasa menunjukkan karekter untuk menang biarpun perbandingan Sri Pahang dengan pasukan lain agak jauh,” katanya.

Setakat ini Sri Pahang hanya meraih kemenangan  tunggal Sri Pahang dengan menewaskan Sabah FC, 2-1 di laman sendiri pada perlawanan keempat Liga Super selain satu lagi mata ketika mengikat Melaka United 0-0 di Stadium Hang Jebat selain tumbang dalam empat perlawanan lain.

Selain pertembungan Sri Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur malam esok beberapa perlawanan lain turut diadakan membabitkan Sabah FC bertemu JDT di Stadium Likas, Selangor FC melayani kunjungan Kedah FC manakala Melaka United FC menentang Penang FC di Stadium Hang Jebat.

Manakala dua perlawanan yang berlangsung pada Rabu ialah Perak FC berdepan UiTM FC di Stadium Perak, Ipoh dan PJ City yang bakal menerima tentangan Kuala Lumpur City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: