
HANYA pada permulaan keduanya di Cabaran Dunia Fanatec GT Australia, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan Ibrahim meraih kejuaraan pada Perlumbaan Satu di litar ikon Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, baru-baru ini.
Tunku Panglima Johor yang merupakan adinda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama yang meraih kemenangan dalam siri sulung dan muncul satu-satunya pemandu Asia yang bertanding.
“Saya kehilangan kata-kata, saya tidak boleh mempercayainya. Shane Van Gisbergen adalah Raja Gunung, dan dia benar-benar menunjukkan apa hari ini, walaupun dengan bahu yang bermasalah. Pemanduan yang luar biasa daripadanya.
“Saya memfokuskan diri apa yang harus saya lakukan hari ini, iaitu memegang kereta sendiri, mengawal kereta dan secepat mungkin untuk Shane mengambilalih,” katanya.
Bermula dari P8, Tunku Panglima Johor memainkan peranannya dengan baik untuk mengekalkan kedudukannya dan meraih masa terpantas di kalangan pemandu amatur.
Add Comment