Motorsport Semasa Terkini

Nazirul Izzat hadiah kemenangan untuk Maju Motor

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nazirul Izzat cipta kemenangan buat Pasukan Maju Motor.

NAZIRUL Izzat Mohd Bahauddin yang baru menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor musim ini, menghadiahkan kemenangan pertama musim 2021 kepada pasukan tersebut di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

Kemenangan Nazirul yang dicatat dengan masa 14’38.028s merupakan kemenangan CP150 kedua bagi pelumba berusia 21 tahun itu. Nazirul memulakan perlumbaan di Litar Sepang Utara itu dari barisan kedua. Petak pertama disambar oleh Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team.

“Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini sememangnya begitu berharga bagi saya. Setelah lebih enam bulan tidak beraksi akibat kecederaan tangan, kemenangan ini telah memulihkan tahap keyakinan saya untuk terus berjuang untuk merebut takhta CP150 musim ini.

“Kemenangan ini lebih berharga kerana ianya seandai hadiah awal untuk pasukan baru saya – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor,” kata Nazirul.

Kemenangan terakhir Nazirul dicatat pada musim 2019 di Kangar dan mengambil alih kepimpinan kategori CP150 dengan 29 mata.

Mohd Adib Rosley ungguli kelas CP125.

Sementara itu, perlumbaan akhir CP125 dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dengan catatan masa 11’27.095s.

Dalam kategori Wira KBS pula, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing tetap dominan dalam kategori junior itu apabila sekali lagi menyapu bersih podium perlumbaan Wira Akhir. Mohd Aqil Danial Nasrul menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan 10’07.020s diikuti Danial Johan dan Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende.

Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei nanti.

KEPUTUSAN :

CP150

1. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – Maju Motor), 14’38.028s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 14’38.096s

3. Mohd Izam Ikmal (Honda, SCK Honda Racing Team), 14’38.291s

CP125

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’27.095s

2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’27.098s

3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing), 11’27.159s

WIRA KBS

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.020s

2. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.189s

3. Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing), 10’07.195s


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: