Antarabangsa Permotoran

Quartararo dedah strategi dakap kejuaraan


Quartararo bangkit dan muncul juara di penghujung pusingan ke-18.

FABIO Quartararo sebenarnya tidak memenangi perlumbaan MotoGP Doha dengan mudah. Dia sempat tercicir selepas permulaan, tapi hasil strategi dan kematangan akhirnya berjaya muncul juara.

Penunggang asal Perancis ini bergaya mengatasi dua pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco dan Jorge Martin.

Pada satu ketika, Quartararo turun ke posisi ketujuh selepas dan menjunam ke posisi sembilan di pusingan kelima dan keenam.

“Mudah untuk dikatakan, saya belum memenangi begitu banyak pusingan. Tapi ini adalah kemenangan yang istimewa. Rasanya saya memulakan dari posisi kelapan, atau tujuh (selepas permulaan), dan saya melihat kepantasan di trek tidak terlalu berbeza dengan sesi pemanasan,

“Saya memutuskan menyimpan ban untuk pusingan akhir. Dan sejujurnya ketika saya melihat Maverick (Vinales) menekan, saya menyedari bahawa inilah saat untuk menyerang dan mula memintas,” kata pelumba Monster Energy Yamaha  berusia 21 tahun ini.

Perancangan Quartararo terbukti benar apabila dengan tenang memperbaiki posisi demi posisi, bermula dari merebut urutan ketujuh di lap 12, posisi lima di pusingan 13-14, hingga akhirnya memimpin perlumbaan di pusingan 18.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: