Antarabangsa Bola Sepak

Pemain Atalanta ‘kecil hati’ dengan Cristiano Ronaldo


Gosens akui meminati gaya permainan Ronaldo dan menganggapnya sebagai idola.

PEMAIN pertahanan Atalanta, Robin Gosens, menceritakan bagaimana dirinya malu diperlakukan oleh penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo.

Gosens menceritakan pengalamannya itu dalam biografinya bertajuk ‘Dreams are Worthtime’. Ceritanya begini, pemain Atalanta itu hendak meminta jersi daripada Ronaldo.

Tidak dijelaskan bilakah dan dalam perlawanan mana Gosens meminta jersi Ronaldo. Namun, pemain Jerman itu mengakui cita-citanya adalah boleh mengumpul jersi pemilik lima kali  Ballon d’or tersebut kerana sangat mengaguminya.

Namun, keinginan Gosens tidak tercapai. Dia malu apabila pemain idola tidak mahu memberinya jersi.

“Selepas pertandingan melawan Juventus, saya berusaha mewujudkan impian saya memiliki jersi Ronaldo. Sebaik wisel terakhir, saya menghampiri dia, bahkan tidak menuju penonton merayaikan keputusan pertandingan.

“Ttapi Ronaldo tidak menerimanya. Saya bertanya: ‘Cristiano, bolehkah saya memiliki baju Anda?’ Dia tidak melihat saya, dia hanya berkata: ‘Tidak!”

“Saya benar-benar malu. Saya pergi dan berasa kecil hati. Anda tahu ketika sesuatu yang memalukan terjadi, dan anda melihat sekeliling untuk mengetahui apakah ada yang menyedarinya? Itulah yang saya rasakan dan saya berusaha menyembunyikannya,” imbas Gosens, dipetik Goal International.

Dalam enam pertemuan terakhir, Atalanta memang kerap menyukarkan Juventus. Tepatnya, La Dea berupaya meraih seri Bianconeri sebanyak empat kali, serta masing-masing sekali menang dan kalah.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading