
TAHUKAH anda pertemuan La Liga antara Valencia dan Cadiz semalam terhenti hampir 20 minit di Estadio Ramon de Carranza.
Kelab asal Mestalla itu juga sempat melakukan mogok kerana pemain pertahanannya, Mouctar Diakhaby menerima tekanan rasisme dari pemain Cadiz, Cala.
Tuan rumah didepan melalui Cala di minit ke-14 sebelum Valencia menyamakan kedudukan lima minit berselang hasil gol Kevin Gameiro.
Namun ketika perlawanan memasuki minit ke-30, Valencia memilih untuk mogok bermain. Langkah ini diambil setelah Mouctar Diakhaby mendapat perlakuan rasisme dari Cala.
Para pemain Los Ches melakukan itu sebagai bentuk sokongan kepada Diakhaby. Setelah 20 minit di bilik persalinan, Valencia akhirnya memutuskan untuk kembali melanjutkan permainan.
Sebaik bersambung, Diakhaby diganti oleh Hugo Guillamon. Sementara itu, Cala tetap berada di padang untuk bermain sebelum ditarik keluar selepas rehat.
Keputusan Valencia meneruskan saingan dikecam warganet yang dinilai tak menunjukkan sikap yang tepat dalam melawan rasisme.
Walaubagaimanapun, Valencia menegaskan keputusan mereka bermain kembali adalah permintaan Diakhaby. Pihak kelab juga sepenuhnya berada di belakang Diakhaby melawan rasisme.
“Pemain yang mendapat hinaan rasis itu meminta agar rakan sepasukannya kembali ke lapangan. KAMI MENDUKUNG ANDA MOUCTAR. KATAKAN TIDAK PADA RASISME,” tulis Valencia di akaun Twitter mereka.
Add Comment