
EJEN terkenal Itali, Mino Raiola mengecam penyebaran berita palsu mengenai perpindahan Erling Haaland.
Bintang Borussia Dortmund itu menjadi topik hangat di kalangan pemiant bola sepak saat ini kerana dikatakan diburu kelab gergasi dunia.
Pada usia 20 tahun, Haaland miliki catatan 98 gol di peringkat kelab. Penyerang Norway itu telah meledak 77 gol dalam dua musim terakhir, iaitu di RB Salzburg 28 gol dan Dortmund 49 gol, termasuk 31 gol digegarkannya musim ini.
Prestasi mantap Haaland itu menyebabkan kelab elit Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester City, Manchester United, Chelsea, Liverpool, Paris Saint-Germain bersiap untuk merekrutnya.
“Berita palsu tersebar dengan cepat,” ciapnya di Twitter, yang kini mendapat 2,000 retweet dan disukai lebih dari 6,000 pengguna Twitter lainnya.
Borussia Dortmund sebelum ini menyatakan enggan melepas pemainnya pada musim panas nanti. Sekiranya ingin menjual juga, Mino Raiola diminta melepasnya pada harga di atas 150 juta euro.
Add Comment