Bola Sepak Semasa Terkini

Tiada pilihan lain lagi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Brendan Gan giat menjalani latihan menjelang aksi dengan UiTM FC, malam ini

JIKA rekod lima perlawanan awal menjadi ukuran, Selangor FC masih tidak boleh ‘mendabik dada’ untuk aksi menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.

Bagaimanapun, kesempatan ini perlu dimanfaatkan oleh Karsten Neitzel untuk cuba mendapatkan rentak sebenar ketika tuan rumah juga kini bergelut hingga terperosok ke dasar Liga Super.

“Apabila kita melihat semula keputusan lepas, banyak alasan yang kami boleh berikan dan kami mungkin tidak bernasib baik namun saya sentiasa ambil ianya daripada sudut positif.

“Tiada pasukan yang akan turun hanya mahu mencatatkan keputusan seri atau pun kalah. Tidak kira menentang UiTM FC atau pasukan mana sekali pun, apabila masuk ke dalam padang, kami tidak ada pilihan lain kecuali perlu menang.

“Kami perlu tetapkan mentaliti untuk menang dalam semua perlawanan. Kami akan teruskan beri yang terbaik dan berharap ia boleh membanggakan penyokong,” kata pemain tengah, Brendan Gan.

Ketika ini, skuad Red Giants sekadar menghuni kelompok pertengahan Liga Super dengan lima mata hasil satu kemenangan dan dua kali seri.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: