Bola Sepak Semasa Terkini

Nafuzi tetap yakin, P Maniam enggan nilai pemain

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nik Akif (kiri) cuba memberikan asakan kepada pemain PJFC, Filemon Standly.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain tetap melihat pasukannya mampu untuk terus memberikan saingan bagi perebutan takhta kejuaraan Liga Super musim ini walaupun gagal meraih mata penuh dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Baginya, perjalanan liga masih lagi panjang dan TFC masih berada dilandasan tepat memburu kejuaraan.

“Masih boleh bersaing dengan pasukan diatas, kita gagal meraih tiga mata penuh malam ini menyebabkan kedudukan ditempat kedua bertukar tangan. Baru enam perlawanan.

“Kita perlu memperbaiki persembahan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Keputusan seri tanpa jaringan ini menghiasi rentetan keputusan kurang baik buat TFC selepas hanya mengutip dua mata dari tiga perlawanan sebelum ini yang menyebabkan mereka terjatuh ditangga ketiga liga dengan mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Petaling Jaya City FC, P Maniam enggan membuat penilaian awal terhadap skuadnya apabila berjaya mengikat lawan tanpa bantuan pemain import.

“Keseluruhan pasukan bermain baik, nampak sudah mencipta peluang namun penyudah yang agak tumpul.

“Perlawanan masih panjang, kita perlu mempertingkatkan corak permainan menghadapi pasukan-pasukan akan datang.

“Bagi saya masih awal untuk menilai kemampuan pasukan,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: