Bola Sepak Semasa

Miliki ramai pemain berkualiti satu kelebihan; Mora

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bergson (kanan) cuba melepasi kawalan kapten MUFC, Razman.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora mengakui memiliki ramai barisan pemain berkualiti dalam pasukan memberikan kelebihan buatnya merencana taktikal setiap perlawanan bagi memburu kemenangan.

Jelasnya, kehilangan Naxto Insa akibat penggantungan tidak menjejaskan persembahan pasukan kerana mereka memiliki pemain lain yang mampu menggalas tugas tersebut.

“Kami membuat penggiliran, pemain yang jarang diturunkan sebelum ini antaranya Daniel Amir, Adam Nor Azlin, Haziq Nadzli, Sumareh dan Akhyar membuktikan kemampuan mereka.

“Penting apabila memiliki pasukan besar dengan deretan pemain berkualiti, kami tahu bagaimana ingin memulakan perlawanan dan mengakhirinya dengan kemenangan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Mora tidak menafikan corak permainan yang ditampilkan berbeza selepas mereka meraih dua keputusan seri sebelum ini.

“Seri tanpa jaringan dengan Selangor FC dan 2-2 menentang Perak FC, tapi kali ini kami bermula dengan baik, pemain ghairah memburu gol awal dan ianya terhasil.

“Selepas dua keputusan seri sebelum ini semuanya kembali baik, kami berada dilandasan tepat, tiga mata tanpa bolos adalah keputusan baik,” ujarnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi tuan ruma tidak berdepan masalah meraih tiga mata selepas membenam Melaka United (MUFC), 3-0.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: