Bola Sepak Semasa Terkini

JDT terus pimpin Liga, KDA FC rampas tangga kedua

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pertahanan JDT, Adam meledak gol pertama seawal minit ke 4 membantu kemenangan mengatasi MUFC, 3-0.

Oleh : Subkhi Sudarji

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus mempimpin saingan Liga Super 2021 dengan kelebihan satu mata apabila berjaya menewaskan Melaka United (MUFC), 3-0 pada saingan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, sebentar tadi.

Keputusan seri yang dilakar pesaing terdekat Terengganu FC ketika melayan kunjungan Petaling Jaya City FC di laman sendiri menyebabkan skuad bimbingan Nafuzi Zain ini jatuh ketangga ketiga manakala Kedah Darul Aman FC yang sebelum ini berada dikedudukan ketiga mengambil alih kedudukan TFC selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang FC.

Pada aksi yang menjadi projek perintis kepada kemasukan semula penonton ke stadium, dua gol dihasilkan penyerang import, Bergson da Silva (m8 dan m82) serta pemain pertahanan, Adam Nor Azlin (m4) sudah cukup buat skuad bimbingan Benjamin Mora meraih tiga mata penuh.

Pelawat yang hadir dengan motivasi tinggi selepas menewaskan KLUFC, 2-1 sebelum ini ternyata gagal menandingi barisan pemain tuan rumah yang dilihat mengawal perlawanan selepas mereka berada selesa didepan dengan dua gol.

Baddrol meledak dua gol memastikan tiga mata buat pasukan dengan kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang FC.

Sementara itu pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, tuan rumah memanfaatkan sepenuhnya kekurangan pemain lawan, Herold Goulon  yang dilayangkan kad merah pada minit ke 17 untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang FC.

Gol tuan rumah dihasilkan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar (m37 dan m71) serta Kpah Sherman (m48) manakala gol tunggal pelawat dijaringkan Nur Izzat Che Awang minit ke 42.

Tiga mata yang diraih Kedah Darul Aman FC ini meletakkan mereka ditangga kedua dibezakan satu mata dengan JDT yang mengumpul 14 mata.

Pemain PJFC, Mahali Jasuli (kiri) cuba melepasi kawalan Faisal Halim pada perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Rentetan keputusan tidak memberangsangkan terus menghantui TFC selepas mereka dipaksa berkongsi mata dengan skuad tanpa pemain import, PJFC apabila keputusan berakhir tanpa jaringan.

Penjaga gawang pelawat, Kalamullah nyata beraksi cemerlang apabila berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya dari penyerang import TFC, Jordan Mintah untuk memastikan pasukan pulang ke Lembah Klang dengan satu mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: