Bola Sepak Semasa Terkini

Pinda jadual Liga M

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yusoff (tiga,kiri) bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (tiga,kanan) serta Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro (dua,kanan) dan Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Ong Sim Jeng.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengemukakan cadangan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mempertimbangkan agar saingan Liga Malaysia 2021 yang dijadualkan pada Mei nanti dipinda.

Timbalannya, Datuk Yusoff Mahadi berkata, ini bagi memberi peluang kepada skuad bimbingan Tan Cheng Hoe mempunyai lebih masa untuk persiapan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini.

“Memang kita telah kemukakan permohonan kepada MFL untuk lihat balik jadual perlawanan selepas Hari Raya Aidilfitri untuk beri ruang kepada persiapan pasukan negara.

“Jika dapat kita tunda jadual pada waktu itu (perlawanan ke 12) membabitkan enam perlawanan maknanya skuad kebangsaan miliki lebih masa untuk persiapan ke Bahrain atau UAE seminggu awal.

“Jadi saya harap MFL akan pertimbangkannya secara teliti dan persiapkannya secepat mungkin,” jelasnya pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan FAM Bersama Casio, di Wisma FAM, sebentar tadi.

Berdasarkan jadual perlawanan yang dikeluarkan MFL,  pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 10 Mei adalah aksi terakhir Liga M sebelum Hari Raya pada 13 Mei nanti.

Yusoff yang juga Pengurus pasukan Harimau Malaya berkata, skuad kebangsaan mungkin dijadualkan berangkat lebih awal bagi aksi persahabatan diluar negara sebelum bertemu UAE pada aksi pertama.

“Kita juga telah dimaklumkan Jordan, Bahrain dan Australia telah menyatakan kesudian untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan.

“Saya akan berbincang dengan Cheng Hoe , harap dapat pergi lebih awal dan bermain lebih masa disana bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran serta cuaca,” jelasnya.

Mengulas mengenai penajaan selama setahun Casio bersama FAM, Yusoff menghargai dan percaya ia mampu menaikkan semangat pemain dan penyokong Harimau Malaya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: