Antarabangsa Hoki

E-Lokal, Hockademy jalin MoU bantu pemain tingkat pendapatan e-Dagang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KOMUNITI hoki di luar bandar kini digalakkan menyertai Program Desamall@KPLB bagi membantu mereka memasarkan produk melalui platform dalam talian dengan lebih berkesan menerusi kerjasama yang dijalinkan antara Hockademy dan E-Lokal Sdn Bhd.

Pemeteraian Perjanjian Kesefahaman (MoU) itu merupakan inisiatif baharu yang diambil kedua-dua pihak khususnya Hockademy dalam membantu pemain dan bekas pemain meningkatkan pendapatan harian melalui platform e-Dagang.

Menerusi kenyataan rasmi Hockademye, pelbagai keistimewaan menanti komuniti hoki di luar bandar melalui tawaran ini.

“Bukan sekadar meningkatkan hasil jualan produk melalui platform jualan digital, tetapi melalui MoU ini juga dapat membantu memudahkan usahawan yang baharu berjinak dalam dunia perniagaan melalui pakej bantuan dan latihan yang menyeluruh daripada pihak E-Lokal yang merupakan sebuah syarikat e-Commerce enabler yang telah terlibat dalam pelaksanaan Program Desamall@KPLB sejak mula dilancarkan pada Oktober 2017,” kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, sehingga 30 September 2020 seramai 1,748 usahawan luar bandar telah dilatih dan 21,698 stock keeping unit (SKU) telah dimuat naik ke platform DesaMall@KPLB.

Pagi tadi, berlangsung Majlis Pertukaran MOU antara Hockademy dan E-Lokal yang disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad.

MoU telah ditandatangani oleh pemilik Hockademy, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin manakala E-Lokal diwakili oleh pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif ELokal Sdn Bhd, Ahmad Shah Wahid sambil disaksikan Datuk Dr Abd Latiff.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: