Bola Sepak Terkini

Malaysia tanpa Brendan Gan berdepan UAE


 

Brendan Gan (kanan) tidak akan membantu Harimau Malaya pada pertembungan menentang UAE ekoran penggantungan perlawanan.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

KETIADAAN pemain tengah negara, Brendan Gan pada aksi menentang UAE bagi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini ekoran penggantungan perlawanan kerana memiliki dua kad kuning tidak mengusarkan kem Harimau Malaya.

Ini berikutan beberapa pemain yang kini beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan kelab di luar negara mampu menggalas kekosongan posisi berkenaan.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, pasukannya kini memiliki beberapa pemain yang kini berada dalam radarnya untuk menggantikan Brendan Gan pada aksi menentang UAE nanti.

“Betul dia (Brendan) akan terlepas aksi menentang UAE selepas menerima dua kad kuning sebelum ini. Tempoh latihan yang ada sebelum aksi sebenar akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Memang kita cuba beberapa pemain untuk mengisi kekosongan ini antaranya, Nazmi Faiz Mansor, Daniel Amir, Syamer Kutty dan Nor Azam Azih.

“Kita juga memiliki Liridon Krasniqi (Newcastle Jets) , Dominic Tan (Police Tero FC) dan Junior Eldstal (Chonburi FC). Setakat ini kita akan pantau prestasi dan tahap kecergasan mereka,” jelasnya.

Ketika ini Harimau Malaya sedang menjalani kem latihan pusat selama sembilan hari di Johor Bahru, Johor bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021.

Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE yang mana Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun 2021.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading