Bola Sepak Semasa Terkini

Harimau Malaya jadi hadiah kahwin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar giat menjalani latihan bersama Harimau Malaya

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PANGGILAN ke latihan pusat skuad kebangsaan menjadi hadiah perkahwinan paling bernilai buat pertahanan terengganu FC (TFC), Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar.

Mohamad Arif Fadzilah merasakan penyertaan bersama Harimau Malaya buat kali pertama adalah rezeki buat dirinya selepas melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu.

“Suasananya cukup berbeza. Ini adalah penyertaan pertama saya dalam skuad senior dan ia cukup berbeza dengan pasukan bawah umur lain.

“Ia jadi satu pengalaman berharga. Sudah pasti saya gembira apabila dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan.

“Walaupun panggilan ini dibuat saat akhir, ia mungkin rezeki saya selepas kahwin,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohamad Arif Fadzilah bertegas tidak mahu kehadirannya sekadar melengkapkan kuota dan sedia merebut tempat daripada La’vere Corbin Ong di posisi pertahanan kiri.

“Mungkin jurulatih (Tan Cheng Hoe) ada berhubung dengan Nafuzi Zain.

“Corbin banyak beri tunjuk ajar dan kongsi pengalaman dengan saya. Kalau ada rezeki lagi untuk bersama skuad kebangsaan selepas ini, saya mahu berikan aksi terbaik,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: