Antarabangsa motorsport

Marc Marquez kena ubah gaya tunggangan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Marquez terlepas perlumbaan MotoGP di Qatar minggu ini.

 SEPERTI diketahui, Marc Marquez masih belum membuat kemunculan perdana dalam perlumbaan MotoGP 2021. The Baby Alien, jolokan kepada Marquez yang terkenal dengan keberanian di litar kini harus berhati-hati.

Marquez mengalami kecederaan serius di MotoGP 2020. Penunggang Repsol Honda itu terjatuh pada pusingan Sepanyol, dan berehat sehingga habis muism.

Juara dunia MotoGP enam kali itu mengalami cedera tulang humerus pada bahagian lengan kanannya dan terpaksa menjalani tiga kali operasi.

Marquez baru-baru ini kembali ke trek dan sempat menjalani ujian di beberapa litar,  namun akhirnya disahkan belum cukup cergas untuk berlumba.

Isnin lepas, Honda mengesahkan Marquez belum dibenarkan turun di Litar Losail dalam MotoGP Qatar akhir minggu nanti.

Dr. Claudio Costa, bekas  doktor MotoGP, menilai sudah tiba masanya  Marquez mengubah gaya perlumbaannya.

“Saya tidak tahu keputusan sinar-X. Tapi, inilah waktu di mana keberanian dan keberanian harus digantikan dengan sifat berhati-hati. Ia juga adalah kebaikan untuk dirinya sendiri,” kata Costa kepada GPOne.

Kedudukan Marquez dalam pasukan Repsol Honda akan digantikan Stefan Bradl. Pelumba asal Jerman itu akan menjadi rakan sepasukan kepada  Pol Espargaro untuk pasukan utama Honda pada MotoGP Qatar akhir minggu nanti.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: