Bola Sepak Semasa Terkini

Kuching City FC belum panik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Joseph Kalang Tie (tengah) cuba melepasi pemain PDRM FC dalam aksi keempat Liga Premier, Sabtu lalu

WALAUPUN mempamerkan aksi kurang konsisten dalam empat perlawanan awal, Kuching City FC tidak harus berasa panik kerana sudah ada petunjuk yang pasukan kembali mendapatkan prestasi terbaik.

Kaptennya, Joseph Kalang Tie mengakui yang permulaan pasukan untuk musim ini agak perlahan namun belum berada dalam situasi getir dan merasakan prestasi akan bertambah baik selepas saingan bersambung 2 April ini.

“Kita tidak perlu berasa panik kerana kalau tengok graf prestasi pasukan ketika ini, kami sudah mula untuk meningkat secara perlahan.

“Memang awal-awal hari itu agak getir untuk mendapatkan momentum, tetapi sekarang saya dapat lihat semua rakan sepasukan semakin menunjukkan peningkatan lebih 100 peratus.

“Lepas liga kembali bersambung bulan depan, kami memang akan fokus perlawanan demi perlawanan untuk mengutip mata sebanyak mungkin dan paling penting dapat perbaiki kedudukan liga dengan lebih baik,” katanya.

Ketika ini, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim menghuni tangga kelapan Liga Premier selepas mencatatkan satu kemenangan, seri sekali dan dua kekalahan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: