Bola Sepak Semasa Terkini

Permata Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Arif Aiman Hanapi (kiri), Rahadiazli Rahalim (tengah) dan Luqman Hakim Shamsudin bakal meneruskan legasi Harimau Malaya

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

HARIMAU Malaya tidak pernah ketandusan bakat baru untuk diketengahkan dan kini beberapa nama sudah menjadi bualan bakal menjadi masa depan pasukan kebangsaan.

Selain Luqman Hakim Shamsudin, kelibat Arif Aiman Hanapi dan penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim juga dicanang bakal mewarisi skuad sedia ada.

Bekas pengurus skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata bukan sesuatu yang mengejutkan jika tiga pemain berkenaan berada dalam senarai pasukan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun depan.

“Bola sepak moden sekarang, ia bukan halangan untuk mereka berada dalam skuad senior. Harapan saya untuk melihat mereka berada dalam skuad kebangsaan.

“Sebab itu ia bukan sesuatu yang mengejutkan (ketiga-tiga pemain berada dalam skuad Harimau Malaya),” katanya.

Ketika ini, hanya Luqman dan Rahadiazli bersama dalam latihan pusat Harimau Malaya namun Arif Aiman yang cemerlang bersama skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT) juga wajar dipertimbangkan untuk panggilan selepas ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: