Bola Sepak Semasa Terkini

UiTM belum mahu mengalah


Antara aksi UiTM FC ketika menentang KDA FC, baru-baru ini

HANYA satu mata yang diraih setakat ini tidak bermakna UiTM FC mahu segera kibar ‘bendera putih’ dalam saingan Liga Super musim ini.

Walaupun situasi agak perit untuk diterima namun keputusan kurang baik yang dicatatkan ketika ini bukan penamat untuk perjuangan pasukan.

Pertahanan UiTM FC, Ahmad Khuzaimi Piee berkata tempoh rehat yang dimiliki sekarang adalah detik paling baik untuk menilai dan memperbaiki segala kelemahan.

“Dalam bola sepak akan ada menang dan ada kalah cuma musim ini kalau tengok kami banyak peluang untuk menjaringkan gol cuma belum ada rezeki yang berpihak kepada kami.

“Kami sebenarnya pasukan bukan pilihan dan benda itu tidak jadi masalah jika hendak dibandingkan dengan pasukan besar kerana perbandingan itu akan berikan semangat untuk pemain bagi komitmen 100 peratus di atas padang.

“Saya masih mempunyai keyakinan UiTM akan bangkit serta bersaing kerana ada peningkatan yang ketara dalam kalangan pemain muda seperti Rafie Mat yang mempamerkan peningkatan, ” katanya.

 

Dominik Picak mendapat kecederaan


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: