
KEKUATAN jenama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menarik minat para penaja untuk membuat pelaburan ke dalam kelab.
Bukan itu sahaja, para penaja juga sedar bahawa jenama mereka dapat dipaparkan kepada ramai penonton dan penyokong hasil kerjasama dengan JDT.
Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, ia terbukti apabila hanya siaran langsung perlawanan melibatkan JDT mencatatkan purata 1 juta tontonan menerusi laman YouTube unifi.
“Jumlah ini tidak termasuk angka penonton di saluran unifiTV dan RTM.
“Berdasarakan rekod, jumlah tontonan perlawanan JDT dan Kedah Darul Aman FC adalah sebanyak 666,000, manakala JDT dan Penang FC mencatat jumlah 1.1 juta tontonan,” kata kenyataan itu.
Malahan, perlawanan menentang UiTM FC ditonton lebih 668,000 dan dua perlawanan terakhir bertemu Selangor dan Perak masing-masing mencatat jumlah 1.5 juta dan 1.3 juta tontonan.
Add Comment