Antarabangsa Bola Sepak

Ibrahimovic curi perhatian Sweden

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ibrahimovic semakin menyengat bersama AC Milan musim ini.

SAINGAN kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah akan bermula awal pagi esok sehingga Jumaat ini.

Perkara paling menarik perhatian adalah kembalinya Zlatan Ibrahimovic bersama pasukan kebangsaan Sweden.

Perkembangan ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Sweden (SvFF) pada 16 Mac lalu. Ibrahimovic dipanggil Sweden bersama 25 pemain lainnya untuk menghadapi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022

Penyerang berusia 39 tahun itu berpotensi melakukan comeback apabila Sweden bertemu Georgia di Friends Arena, Solna ,awal pagi Jumaat ini.

Ibrahimovic kali terakhir menyarung jersi negaranya semasa peringkat kumpulan Piala Eropah 2016 menentang Belgium ,22 Jun 2016.

Ini bermaksud, pertandingan kali ini akan menjadi yang pertama bagi Ibrahimovic setelah lima tahun menyepi.

Bagaimanapun, dirinya kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa Sweden dengan ledakan 62 gol daripada 116 penampilan.

Sementara itu, Ibra masih menjadi‘mengganas’ di Eropah biarpun usia kian di penghujung sebagai pemain bola sepak.

Ia dapat dibuktikan dengan 15 gol daripada 15 saingan untuk AC Milan di Serie A 2020-2021.

Sementara itu, perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah akan dibuka dengan membabitkan aksi Kumpulan G antara Turki dan Belanda di Stadium Ataturk Olympic, Istanbul, awal pagi nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: