Antarabangsa Bola Sepak

‘Botol melayang, meja remuk’


Imbas kembali..Aksi tegang Liga Juara-Juara 2009 melibatkan Barcelona dan Chelsea.

 

CHELSEA mengamuk sebaik sahaja disingkirkan Barcelona di Liga Juara-Juara 2009. John Obi Mikel menceritakan semula bahawa bilik persalinan Chelsea kacau bilau selepas perlawanan penuh kontroversi itu.

Peristiwa itu berlaku setelah The Blues seri dengan Barca 1-1 di Stamford Bridge. Mereka didepan terlebih dulu hasil gol Michael Essien tapi kemenangan yang sudah di depan ranap apabila Andres Iniesta menciptakan gol penyamaan di masa tambahan.

Chelsea akhirnya tersingkir kerana tewas menerusi gol tempat lawan kerana kedudukan terikat 0-0 di Camp Nou.

Begitupun, keputusan perlawanan seakan tidak diterima pemain Chelsea yang hilang sabar gara-gara pengadil dari Norway, Tom Henning Ovrebo, yang tidak memberikan empat penalti.

Penyerang Chelsea ketika itu Didier Drogba, amat marah yang kemudian diluahkannya dalam wawancara selepas tamat pertandingan.

Ovrebo sendiri kemudian mengakui bahawa dirinya membuat banyak kesalahan dalam pertandingan tersebut.

JOHN OBI MIKEL 

 

Obi Mikel hanya melihat dari bangku simpanan ketika Chelsea disingkirkan Barcelona. Pemain Nigeria itu menggambarkan bagaimana kekecohan yang terjadi di ruang bilik persalinan Chelsea.

“Berlaku kacau bilau di lorong pemain dan ruang persalinan,” imbas Obi Mikel kepada the Athletic, yang dipetik Daily Mail.

“Botol-botol, segala benda-benda melayang di mana-mana. Meja-meja remuk. Semua orang berteriak dan menjerit.

“Saya tidak tahu kalau sekarang tapi kekalahan saat itu sama sekali tidak boleh diterima… namun, ia sebuah malam yang gila. Drogba begitu emosi di atas padang dan kemudian terbawa-bawa selepas tamat permainan,” jelas pemain yang kini mewakili Stoke City itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: