Badminton Semasa Terkini

ACPLJ 2020 disambung semula 31 Mac ini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

HO KHEK MONG

AEON Credit Purple League Junior 2020 (ACPLJ 2020) akan bersambung semula secara rasminya pada hujung bulan ini bagi tempoh empat hari, iaitu dari 31 Mac hingga 3 April 2021.

Kejohanan tersebut yang akan berlangsung di Kampar, Perak yang kini berada di bawah fasa PKP Pemulihan akan menyaksikan penyertaan seramai kira-kira 400 pemain yang berumur bawah 18 tahun mewakili 40 kelab dari seluruh negara.

Pertandingan ini terbahagi kepada lima kategori iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran Bawah-18 tahun dan perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran Bawah-15 tahun, yang membabitkan 10 perlawanan dipertandingkan.

Ketua Pegawai Operasi Purple League, Ho Khek Mong, berkata bukan mudah untuk menyingkap kembali rentak permainan yang asal.

“Sejak kejohanan tahun lalu di Port Dickson, kami telah menangguhkan saingan ini beberapa kali sebelum boleh bersambung semula sekarang, selang lima bulan. Demi mengelakkan penangguhan kejohanan ini lagi disebabkan wabak, kami terpaksa menukar sistem permainan.

“Saya berharap agar generasi pemain muda kita akan menghargai peluang keemasan ini untuk bermain dan membuktikan bakat mereka, dan saya berharap penonton juga akan memberikan sokongan mereka kepada kami. Jangan lupa untuk mengikuti saluran rasmi Youtube kami,”katanya dalam satu kenyataan.

Pertandingan Purple League Junior (PLJ) yang diadakan setiap tahun ini telah memasuki tahun keenam penganjurannya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: