Bola Sepak Semasa Terkini

Penat tapi puas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kepenatan beri kesan kepada Negeri Sembilan FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

FAKTOR kelebihan dilihat antara punca kepada keputusan kurang tepat yang dipamerkan pemain Negeri Sembilan FC ketika menang 2-0 ke atas skuad Projek FAM-MSN di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Walaupun berjaya memastikan tiga mata berharga sebelum liga berehat buat seketika, pengendali Negeri Sembilan FC, K Devan merasakan faktor itu belum memuaskan hatinya.

“Ya mungkin faktor keletihan menyebabkan pemain terkesan dalam membuat keputusan.

“Tetapi yang penting sekarang kita berjaya melepasi lima perlawanan ini dengan keputusan baik walaupun terpaksa mengharungi jadual padat,” katanya.

Pada perlawanan semalam, skuad Projek FAM-MSN dipaksa bekerja keras untuk tempoh 70 minit untuk menghasilkan jaringan pembukaan.

Penantian Negeri Sembilan FC berakhir apabila memperoleh dua gol dalam tempoh 20 minit terakhir menerusi R Barathkumar pada minit ke-73 dan Alain Thierry Akono, minit ke-86.

“Apabila sudah berjaya jaringkan gol pertama, kita nampak yang fokus pemain lawan mula hilang.

“Buat masa ini saya tidak terlalu mengambil kira kedudukan dalam carta dan saya hanya mahu hadapi satu demi satu perlawanan,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: