Badminton Semasa Terkini

Murung, itu detik sukar Zii Jia, Tiada siapa yang tahu !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zii Jia (tengah) bersama ibunya Siet Peng  (kiri) dan ayahnya, Chee Hin (kanan) serta ahli keluarganya pada majlis sambutan harijadinya tahun lalu.

 

Oleh :  Mohd Fariq

DISEBALIK kegembiraan dikecapi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia merangkul gelaran Seluruh England buat kali pertama dan mengakhiri penantian empat tahun Malaysia selepas kali terakhir dimenangi Datuk Lee Chong Wei pada 2017 tidak ramai yang mengetahui pengorbanan dan tekanan dirasainya.

Bermula kekalahan di peringkat suku akhir Terbuka Thailand Yonex penghujung tahun lalu dan kekalahan pusingan pertama saingan Terbuka Thailand Toyota menentang Sameer Verma dari India, di Bangkok pada awal tahun ini, Zii Jia terpaksa “mengurung” diri seketika dalam bilik bagi mengembalikan semangat untuk terus bangkit memburu kejayaan.

Ibunya, Leow Siet Peng berkata kepada CAKAPSUKAN, kejayaan diraih anak kedua dari tiga beradik itu sememangnya membanggakan keluarga, masyarakat dan negara selepas dia mengharungi pelbagai cabaran.

“Namun disebalik apa yang berlaku semalam, Zii Jia terpaksa melalui berberapa cabaran dalam kehidupannya dan tindakan anaknya yang bangkit dari kegagalan amat membanggakan dirinya dan keluarga.

“Apabila kalah pada dua kejohanan di Thailand sebelum ini, saya tahu dan fahami perasaan yang dilaluinya ketika itu, dia begitu merasainya dengan kekesalan, berkurung dalam bilik untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk kembali membuktikan kemampuan dimilikinya.

“Bermula dari situ dia tanamkan azam dan keyakinan untuk bangkit dengan menyertai Kejohanan Terbuka Switzerland dan All England,” jelasnya ibu berusia 53 tahun ini.

Siet Peng yang juga merupakan bekas pemain Bola Keranjang wanita  negara pada Sukan Sea Manila (1991) dan Singapura (1993) yang membantu pasukan meraih pingat gangsa pada kejohanan turut tersebut menegaskan kejayaan diraih anaknya itu bukan sekadar setakat All England sahaja.

“Terima kasih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan yang tepat dengan program-program yang dilaksanakan bagi membantu pemain , bagi saya ini adalah permulaan pertama buat Zii Jia , kejayaan ini memang membanggakan kami semua tetapi bukanlah segala-galanya.

“Kita pernah lihat dan menyaksikan beberapa pemain pernah meraih gelaran seumpama ini, dijulang dan diberikan penghormatan namun selepas itu, tiada lagi kejayaan diraih malah terus hilang dari radar,” ujar Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa (2) Jitra, Kedah ini.

Hampir 20 tahun bertugas sebagai penjawat awam manakala suaminya Lee Chee Hin, 54 yang juga atlet bola keranjang pada usia muda namun terpaksa melupakan bidang tersebut ekoran kecederaan dialaminya, Siet Peng tetap yakin dan percaya anaknya itu mampu melakar kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Kali terakhir kami bertemu ketika dia menjalani latihan berpusat BAM, dia begitu serius dan bersemangat memburu kejayaan dan akhirnya ia membuahkan hasil,” ujar Siet Peng yang memiliki anak perempuan, Lee Zii Yii bekas pemain perseorangan wanita BAM yang juga kakak kepada Zii Jia.

Semalam Zii Jia mencipta sensasi apabila merangkul gelaran Seluruh England buat kali pertama selepas menundukkan pemain nombor dua dunia Viktor Axelsen pada aksi final.

 

Lee Zii Yii

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: