Bola Sepak Terkini

‘Kami bertuah malam tadi’


Sumareh (kiri) beraksi kali pertama bersama pasukan ketika diturunkan sebagai pemain gantian.

 

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui mereka cukup bertuah apabila tidak keciciran mata dalam kunjungan ke Ipoh, malam tadi.

JDT seri 2-2 menentang Perak FC dalam aksi Liga Super walaupun satu ketika ketinggalan dua jaringan Guilherme De Paula sebelum berjaya bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Akhyar Rashid pada minit ke-74 dan sepakan penalti Leandro Velazquez pada masa kecederaan.

“Ya saya bertuah. Sudah tentu. Kami terlepas banyak peluang menjaringkan gol. Kami perlu menggandakan asakan.

“Separuh masa tidak begitu baik dan bermain teruk. Pemain buat silap dan lawan mula skor 1-0 dan kami berdepan kesukaran 45 minit pertama.

“Cuma, kami lebih baik pada babak berikutnya. Kawalan bola yang baikdan berjaya menyamakan kedudukan hingga akhir perlawanan. Sekurang-kurangnya kami tak hilang dua mata dan usaha keras pemain JDT memuaskan hati,” katanya selepas perlawanan.

Mora juga gembira kerana JDT ‘bertuah’ masih kekal di singgahsana apabila pencabar terdekat, Terengganu FC mengalami kekalahan di Kota Kinabalu.

“Semua orang mahu jadi juara yang terbaik, pasukan terbaik dan pemain terbaik. Saya juga buat benda yang sama di JDT. Semua pemain, jurulatih dan pasukan ingin kalahkan JDT. Ini adalah sesuatu yang normal,” ujarnya


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: