Bola Sepak Semasa Terkini

Dollah mengeluh lagi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyerang import Sri Pahang FC, Henrique (kanan) terus gagal memberikan impak selaku penggempur dibahagian hadapan selepas lima perlawanan.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PRESTASI penyerang import Sri Pahang FC, Pedro Henrique dan Yevhen Bokhashvili ketika ini yang tidak menggambarkan statusnya selaku penggempur menghadirkan keresahan dan kegusaran kem Tok Gajah.

Gandingan kedua pemain import yang dibawa masuk musim ini nyata mengecewakan apabila hanya meledak satu gol melalui Bokhashvilli ketika membantu pasukan meraih kemenangan pertama ke atas Sabah FC di laman sendiri, Selasa lalu selepas lima perlawanan.

Ketumpulan jentera serangan ini turut mengusarkan pengendalinya, Dollah Salleh yang mahukan kedua pemain ini membuktikan kemampuan selaku jentera hadapan.

“Selepas lima perlawanan inilah masalah besar yang kita lihat, seharusnya pemain import memberikan lebih dari tempatan , tetapi itulah apa yang saya katakan tadi tidak banyak impak diberikan.

“Tempoh saingan liga yang berehat hampir 10 hari ini memberikan ruang kepada saya untuk memperbetulkan jentera serangan kerana sebelum ini saya hanya memberi tumpuan kepada perlawanan dan bukannya melatih pasukan.

“Kita akan perbetulkan jentera serangan,” jelasnya.

Pada perlawanan yang berlangsung malam tadi, Tok Gajah terpaksa menelan kepahitan apabila kecundang 0-1 berdepan Petaling Jaya City FC yang dibarisi pemain tempatan.

Selepas lima perlawanan berlangsung Sri Pahang FC kembali ke zon penyingkiran apabila jatuh ke tangga ke-11 selepas hanya mengumpul empat mata dalam lima perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: