Bola Sepak Semasa Terkini

Semangat Hang Tuah


Pemain MUFC meraikan kemenangan ke atas Kuala Lumpur City FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

“Saya tidak tahu apa nak cakap lagi!

Demikian reaksi pengendali Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan selepas menyaksikan kemenangan pertama dalam Liga Super musim ini, menewaskan Kuala Lumpur City FC 2-1 di Stadium Hang Jebat, semalam.

Ketika pasukan dihimpit dengan denda penolakkan tiga mata, Zainal menjelaskan kesungguhan pemain jadi nadi kepada kemenangan itu selepas sekadar seri dalam empat perlawanan terdahulu.

“Tekanan yang kami terima dengan penolakan mata tapi hari ini (semalam) pemain tidak tunjuk tekanan atau masalah sebaliknya terus berusaha.

“Alhamdulillah kita dapat pecahkan tradisi dengan kemenangan pertama. Bagi saya bukan faktor itu (penolakkan mata) tetapi usaha pemain.

“Mereka tahu denda diterima tetapi ini yang saya mahukan dan pasukan tidak mengaku kalah,” katanya.

Alex Goncalves meledak kedua-dua MUFC

Tiga mata itu dilihat hadir tepat pada masanya sebelum Liga Malaysia (Liga M) berehat kira-kira dua minggu dan ia jadi motivasi buat pasukan sebelum memulakan semula saingan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), 2 April ini.

“Saya tahu saat-saat akhir mereka kepenatan apabila mengharungi lima perlawanan dalam 15 hari. Saya tahu tahap kepenatan pemain tetapi mereka dapat bertahan hingga wisel penamat,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: