Permotoran Terkini

Penantian 10 tahun Mus terlerai


Md Muzakir

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PENANTIAN hampir 10 tahun untuk merasai nikmat berada di atas podium akhirnya menjadi kenyataan buat pelumba Md Muzakir Mohamed selepas menamatkan perlumbaan di tempat pertama bagi kategori CP150 di Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2021  pusingan pertama di Litar Utara Sepang, sebentar tadi.

Tidak diberikan perhatian, pelumba dari Yamaha ONEXOX TKKR ini berjaya menamatkan perlumbaan 11 pusingan dengan catatan masa 14 minit 12.181 saat menewaskan pelumba dari  Ipone Yamaha YY Pang Racing Team , Md Izzat Zaidi Md Salehan ( 14 minit 12.446 saat)  manakala Ahmad Afif Amran dari pasukan Yamaha PETRONAS Sprinta Yamaha (14 minit 12.503 saat) ditempat ketiga.

Bagi Muzakir atau lebih mesra dengan panggilan Mus, kemenangan ini sememangnya dinantikan hampir 10 tahun walaupun pernah merasainya pada Kejohanan Asia Racing bagi kategori 250 namun ditarik balik atas kesilapan teknikal.

“Sampai hari ini dan saat ini, Mus tunggu saat untuk berada ditengah podioum dan sangat percaya walaupun sudah berumur hampir 30 tahun kejayaan akan tiba.

“Kemenangan ini saya hadiahkan kepada semua pihak keluarga, rakan-rakan dan krew yang mempercayai dan memberikan dorongan buat Mus,” jelasnya kepada media selepas perlumbaan.

 

Mohd Syafiq mengungguli kategori CP125.

 

Bagi kategori CP125 pula, pelumba  yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-Maju Motor, Mohd Syafiq Rosli terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 11 minit 10.393 saat dalam perlumbaan sejauh 20.8km.

Mengekori rapat dikedudukan kedua pula Md Fareez Afeez Abd Rahman dari pasukan Yamaha JHR Ipone Yamaha YY Pang Racing Team manakala rakan sepasukannya, Md Adib Rosley ditempat ketiga.

Dominasi pelumba dari Petronas Sprinta Yamaha bagi kategori Wira-KBS.

 

Kategori Wira-KBS pula menyaksikan dominasi pelumba dari Petronas Sprinta Yamaha dengan Md Syamil Amsyar M Iffende Yamaha menamatkan perlumbaan tujuh pusingan ditempat pertama dengan catatan masa 9 minit 47.467 saat.

Rakan sepasukannya, Danial Johan ditempat kedua (9 minit 56.803 saat) dan Md Aqil Danial Nasrul ditempat ketiga (9 minit 56.862 saat).

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading