Bola Sepak Semasa Terkini

Perak FC, JDT terikat di Ipoh

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Leandro memastikan rekod tanpa kalah JDT terus kekal apabila menjaringkan gol penyamaan dipenghujung separuh masa kedua untuk mengikat kedudukan 2-2.

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

AKSI penuh debaran antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT)  di Stadium Perak berakhir dengan keputusan seri 2-2 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Ipoh, malam ini, tuan rumah memperoleh dua gol daripada De Paula sebelum kebangkitan JDT yang membalas menerusi Akhyar Rashid dan Leandro.

Jaringan De Paula juga adalah jaringan pertama Perak ke atas JDT sejak 10 Julai 2018. Kali terakhir Perak membolosi gawang JDT adalah menerusi Norhakim Hassan.

Babak pertama memperlihatkan dominasi JDT yang mengasak menerusi sebaik wisel dibunyikan. Namun, Perak turut menguji gawang lawan m-5, Shahrul Saad mengambil sepakan percuma, hanya sedikit melewati palang.

Tandukan Aidil Zafuan hasil sepakan penjuru JDT gagal menemui sasaran m-27 serta aksi penyelamatan Hafizul Hakim yang terbang menepis sepakan Leandro tiga minit berselang.

M-34, De Paula menyudahkan hantaran silang cantik dari Izzuddin dan Farizal Marlias tertewas buat kali kedua bagi musim ini.

JDT menukar formasi dengan memasukkan Sumareh di babak kedua menggantikan Ramadhan. M-57, sepakan Leandro ditepis keluar oleh Hafizul Hakim.

De Paula terus menjadi duri dalam daging apabila menyudahkan hantaran jauh dari tengah padang m-58. Dua peluang dan dua jaringan buat De Paula.

Akhyar kemudian masuk menggantikan Sumareh. M-75, Hafizul Hakim tertewas apabila pemain gantian, Akhyar melepaskan half volley untuk merapatkan jurang.

Serangan bertali arus JDT akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan pada masa tambahan menerusi sepakan penalti diambil Leandro.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: