
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
JURANG kematangan dan pengalaman jelas menjadi perbezaan buat skuad Projek FAM-MSN yang tewas buat kali kelima, kali ini tunduk 2-0 kepada Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Sepanjang 90 minit permainan, pelawat yang dilatih Yusri Che Lah lebih banyak bertahan dan tuan rumah sepatutnya memperoleh lebih banyak gol jika deretan peluang tercipta mampu disudahkan dengan sempurna.
Di babak pertama, tuan rumah harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menterjemahkan jaringan ketika banyak peluang berjaya dicipta sekali gus memaksa 45 minit pertama berakhir tanpa sebarang jaringan terhasil.
Skrip sama berulang di separuh masa kedua dengan Negeri Sembilan FC lebih memdominasi namun sekali lagi ketumpulan sentuhan penyudah terus mengecewakan Devan.
Penantian Negeri Sembilan FC berakhir apabila memperoleh dua gol dalam tempoh 20 minit terakhir menerusi R Barathkumar pada minit ke-73 dan Alain Thierry Akono, minit ke-86.
Add Comment