Bola Sepak Semasa Terkini

Giliran PJ City FC aibkan Sri Pahang FC


Ketua pasukan Sri Pahang FC, Muslim Ahmad mengawal bola sambil diberikan tekanan pemain tuan rumah.

Oleh : Subkhi Sudarji

PETALING Jaya City FC membuktikan tanpa pemain import tidak menghalang untuk meraih tiga mata penuh apabila menewaskan Sri Pahang FC, 1-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Lebih manis kemenangan ini adalah tiga mata pertama  dilaman sendiri selepas lima perlawanan berlangsung setakat ini.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain pertahanan tuan rumah, D Kugan yang merembat deras menewaskan Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Tidak banyak percubaan menarik dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang 15 minit pertama sebelum Lee Tuck menguji penjaga gol tuan rumah, Kalamullah Al-Hafiz melalui rembatan lemah yang berjaya dinafikan penjaga gawang itu.

D Kugan menceriakan kem tuan rumah apabila bijak memperdayakan pertahanan pelawat sebelum merembat deras bola untuk menewaskan Zarif pada minit ke 32.

Sri Pahang FC berpeluang menyamakan kedudukan pada babak kedua melalui beberapa gerakan berbahaya termasuklah melalui sepakan percuma Lee Tuck yang hanya mengegarkan palang pada minit ke 54.

Walaupun cuba melakukan asakan memburu gol penyamaan namun keputusan berkenaan kekal sehingga tamat perlawanan dengan tiga mata menjadi milik Petaling Jaya City FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: