Bola Sepak Semasa Terkini

Negeri Sembilan FC mahu berehat dengan tenang


Negeri Sembilan FC impi mata penuh

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K Devan mengharapkan mampu menamatkan lima aksi pertama dengan rekod cemerlang tanpa sebarang kekalahan sebelum saingan liga berehat untuk dua minggu.

Malam ini, Negeri Sembilan FC akan menerima kunjungan skuad Projek FAM-MSN di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Harap kita dapat tunjukkan prestasi baik dan tiga mata sndiri,” kata Ketua Jurulatihnya, K Devan.

Setakat empat perlawanan awal, Negeri Sembilan FC unggul di puncak Liga Premier dengan 10 mata, hasil daripada tiga kemenangan dan sekali seri.

Bagaimanapun, Devan tidak boleh membiarkan pasukannya tercicir mata dan perlu memanfaatkan situasi kurang baik sedang dihadapi skuad Projek FAM-MSN.

Paling penting, Devan mahu memastikan keadaan selamat ketika Sarawak United juga berada dalam prestasi terbaik di tempat kedua apabila menang kesemua tiga perlawanan yang dihadapinya ketika ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: