Bola Sepak Semasa Terkini

Bisa penjaring terbanyak hilang dari radar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Shahrel Fikri nyata dikawal ketat pertahanan lawan yang menyukarkan pergerakannya. (Foto : Selangor FC)

 

Oleh : Subkhi Sudarji

MEMILIKI tiga penyerang terbaik Liga Malaysia musim lalu Ifedayo Olusegun, Shahrel Fikri Md Fauzi dan Danial Asri namun deretan peluang terhidang gagal diterjemahkan Selangor FC dengan sebaliknya dua gol menjadi milik Penang FC perlu diberikan perhatian.

Selepas kecundang ditangan Terengganu FC, 1-3 ditempat lawan sebelum mempamerkan karektor berkualiti menentang JDT, Rabu lalu skuad bimbingan Karsten Neitzel  terpaksa menelan kepahitan selepas tewas kali pertama di laman sendiri pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Dicanang sebagai pencabar kejuaraan Liga Super musim ini, kekalahan diterima malam tadi meletakkan pasukan kini berada kedudukan ketujuh dengan hanya mengutip lima mata hasil namun tidak mustahil kedudukan ini berubah memandangkan Petaling Jaya City FC dan Sri Pahang FC yang kini mengutip empat mata kekurangan satu perlawanan.

Bagi Neitzel kekalahan kedua pastinya mengecewakan dirinya selepas deretan peluang terhidang gagal diterjemahkan dengan jaringan.

“Sudah tentu (keputusan) ini mengecewakan pasukan. Kami tidak mengeluarkan bola dengan baik dan itu berlaku. Kami ada peluang pada awal 15 minit pertama tapi Ifedayo gagal menjaringkan gol.

“Mereka melakukan serangan balas dan pemain Penang FC nombor 12 (Al-Hafiz Harun) ambil kesempatan,” katanya.

Selepas ini Selangor FC bakal berdepan Uitm FC pada 3 April dan tempoh masa saingan liga dihentikan bagi memberikan laluan persiapan pasukan kebangsaan menjalani latihan akan dimanfaatkan sepenuhnya Neitzel.

“Ada beberapa pemain utama yang akan menyertai kem latihan kebangsaan, apa pun kami akan menggunakan sepenuhnya tempoh ini bagi memantapkan pasukan,” tegasnya.

Barisan pemain Penang FC meraikan jaringan gol kedua.

 

Sementara itu, pengendali Penang FC, Tomas Trucha menyifatkan karakter dipamerkan para pemain memberikan hasil tiga mata apatah lagi berdepan dengan tuan rumah yang memiliki reputasi tinggi.

“Hari ini (semalam) pemain menunjukkan kesungguhan dan mencipta peluang keemasan, dua gol diperoleh adalah hasil kerjasama berpasukan, semangat melawan dan mengikut taktikal permainan dirancang.

“Ia berbeza ketika kami bertemu Johor Darul Ta’zim dan Kedah. Sesetengah orang panggil ‘karma’. Kami menekan dan mencuba sehabis baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: