Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor FC miliki tonik, Penang FC perlu waspada

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Selangor FC menjalani latihan menjelang aksi menentang Penang FC malam ini. (Foto : Selangor FC)

 

Oleh : Subkhi Sudarji

KEJAYAAN Selangor FC membawa pulang satu mata ketika berdepan penyandang juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT perlu diberikan perhatian Penang FC apabila bakal beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Hampir mengejutkan lawan membuktikan Gergasi Merah Kuning ini sememangnya berada dalam situasi terbaik untuk memberikan saingan dalam Liga Malaysia 2021.

Ketajaman gerakan penyudah Ifedayo di bahagian hadapan selain keserasian bersama Shahrel Fikri adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian Harimau Kumbang jika tidak mahu rebah di kaki Gergasi Merah Kuning.

Menariknya Selangor FC ketika ini adalah kemasukan pemain import dari pasukan adiknya iaitu, Jordan Ayimbiya betul-betul memberikan impak dibahagian pertahanan pasukan ketika ini.

Kematangan Brendan Gan memimpin bahagian tengah bersama Oliver Buff juga memperlihatkan Selangor FC kembali mempamerkan wajah sebenar selepas empat perlawanan berlangsung dengan menduduki tangga kelima mengutip lima mata hasil satu menang dua seri dan satu kekalahan.

Casagrande (kiri) terus menjadi sandaran Penang FC untuk merobek gawang lawan.

 

Bagi Penang FC pula tewas dan seri dalam dua perlawanan sebelum ini memberikan gambaran sebenar buat mereka untuk terus bersaing sebagai pendatang baharu musim ini.

Tewas 0-2 ditangan Kedah Darul Aman FC dan sekadar seri tanpa jaringan di laman sendiri menentang Uitm FC masih banyak kerja perlu dilakukan skuad bimbingan Tomas Trucha.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: