Lain-Lain Semasa Terkini

MOM gugurkan keahlian MAHF

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohd Nazifuddin Mohd Najib

Oleh : Subkhi Sudarji

PERSEKUTUAN Bola Baling Malaysia (MAHF) digugurkan dari menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM ) susulan kegagalan melunaskan hutang RM133,000 pada penyertaan di Sukan Asia 2018.

Keputusan terbabit diambil Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif  MOM dengan mengambil kira peluang dan ruang diberikan kepada persatuan terbabit untuk menjelaskan tunggakan berkenaan.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata, tunggakan terbabit merangkumi perbelanjaan dan kos penyertaan atlet bola baling yang menyertai kejohanan Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

“Pengguguran persatuan terbabit daripada ahli gabungan OCM sekali gus menyaksikan tiada lagi penyertaan atlet Malaysia dalam acara terbabit di kejohanan besar seperti temasya Sukan Sea dan Asia.

 “OCM sudah lakukan permintaan dan perbincangan daripada persatuan bola baling seterusnya selepas berbincang kami gugurkan  daripada ahli gabungan sekali gus bukan ahli. kita tidak akan tengok penyertaan bola baling dalam sukan SEA Vietnam.

 “Keseluruhan hutang persatuan adalah RM133,000 berdasarkan hutang ketika penyertaan di temasya  Sukan Asia 2018.

 “OCM sudah berikan mereka peluang dan melakukan perbincangan untuk membayar secara ansuran namun setakat ini tiada pembayaran diterima,” katanya, dalam sidang media di Wisma OCM, di sini.

Untuk rekod, sebelum ini Persatuan Baseball Amateur Malaysia pernah dikenakan tindakan sama apabila mereka gagal turut mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM33,000  kegagalan menyelesaikan bayaran kos penyertaan sukan SEA 2013.

Penyertaan sukan dibawah kategori B seperti bola baling dan baseball perlu menanggung keseluruhan perbelanjaan dan akan dibayar jika mereka memenangi pingat pada penyertaan kejohanan terbabit.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: