Badminton Semasa Terkini

Pearly-Thinaah akhiri cabaran di All England  

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Langkah Pearly-Thinaah di All England 2021 kandas setakat peringkat suku akhir.

SELEPAS hampir dua minggu menikmati detik indah dalam karier badminton mereka, akhirnya Pearly Tan-M Thinaah terpaksa menelan realiti jurang pengalaman mereka di pentas elit All England, malam tadi waktu Malaysia.

Bertemu pasangan nombor 12 dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun, juara Terbuka Switzerland itu akhirnya terpaksa berundur setakat di suku akhir sahaja.

Pearly-Thinaah, yang juga beregu nombor 22 dunia, tewas 12-21, 22-20, 16-21dalam masa sejam kepada pilihan kelima itu, bagi mengakhiri detik indah yang dinikmati sejak muncul juara di Basel pada 7 Mac lalu.

Matsuyama-Shida akan bertemu rakan senegara di separuh akhir.

Sebelum ini, Pearly-Thinaah pernah bertemu sekali sahaja dengan lawan sama di Kejohanan Berpasukan Asia tahun lalu di mana pasangan Jepun itu menang dalam pertarungan tiga set.

Namun kemaraan ke suku akhir All England sudah dikira permulaan yang baik dalam penampilan sulung mereka di kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Penampilan mereka itu menyamai pencapaian Woon Khe Wei-Vivian Hoo yang turut mara ke suku akhir pada 2013.

Malah bagi Pearly, ia tetap bonus terbaik untuknya yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-21 pada 14 Mac lepas.

Di separuh akhir nanti, Nami-Chiharu akan menentang rakan senegara mereka, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara yang mara selepas menundukkan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dari Denmark 21-14, 19-21, 21-15.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: