Bola Sepak Semasa Terkini

Melaka United kena potong tiga mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kenyataan terkini MFL mengenai pemotongan tiga mata kepada Melaka United FC.

MELAKA United FC dikenakan hukuman pemotongan tiga mata secara serta-merta bagi saingan Liga Super 2021 atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Badan bebas, First Instance Body FIB Pelesenan Kelab MFL yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara persidangan video bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Dalam mesyuarat tersebut, tiga kes telah dibincangkan iaitu membabitkan pasukan Melaka United FC, Sarawak United FC dan Kelantan FC.

Berhubung kes membabitkan Melaka United FC, pasukan tersebut pada tarikh akhir pertama iaitu pada 31 Januari 2021 telah berjaya membuat pembayaran daripada tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut pelan jadual pembayaran.

Namun bagi pembayaran tarikh akhir kedua, Melaka United FC telah didapati gagal menghormati jadual pembayaran yang dipersetujui dan ditetapkan sekali gus dikenakan hukuman pemotongan tiga mata.

FIB berharap bahawa keputusan ini dijadikan teladan untuk memastikan Melaka United FC mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan pada masa akan datang.

Jika pasukan terbabit mengulangi kesalahan yang sama, perkara itu akan dibawa ke FIB untuk keputusan dan tindakan yang seterusnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: